DUA6022
KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
SESI : JUN 2017
TAJUK :
PERANAN PELAJAR
POLTEKNIK DALAM PERAYAAN MENGIKUT
AGAMA DI
MALAYSIA
NAMA PENSYARAH :
CIK RAZANA MOHD
KASIM
NAMA AHLI
KUMPULAN :
1. FADHILAH BINTI
SANGIDAN 02DAT15F1007
2. NUR HIDAYAH BINTI
MOHD SALIM 02DAT15F1011
3. ADRIAN NG VERN FEI
02DAT15F1019
4. NUR SABRINA BINTI
ROSLAN 02DAT15F1023
5. MAIZATUL AKMA BINTI
MAZLAN 02DAT15F1029
6. NUR SYAHIRAH BINTI
ZUHAIMEY 02DAT15F1071
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai budaya,
bahasa, agama, makanan dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh keunikan
Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Malaysia
juga bukan sahaja terdiri daripada kaum utama Melayu, Cina dan India, malah
terdiri juga dengan kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.
Masyarakat Malaysia hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni. Pelbagai kaum yang membezakan
budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik, seperti perayaan di
Malaysia.
Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat
melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu. Pada setiap tahun banyak perayaan
yang disambut di Malaysia. Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa
tidak kira agama dan warna kulit. Di samping itu, perayaan dan
kepelbagaian kaum dalam negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari
seluruh pelosok dunia.
Hari raya dari segi istilah bermaksud 'hari kebesaran'. Hari perayaan lazimnya
kini merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna kepada
mereka. Hari perayaan juga dikenal pasti sebagai suatu aktiviti yang disambut oleh
sesebuah masyarakat ataupun kaum.
Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh
sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa
penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Hari-hari ini biasanya merupakan hari kelepasan
am di negara-negara yang menyambutnya. Sebagai contohnya ialah, Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Korban bagi kaum Melayu yang beragama Islam, Tahun
Baru Cina bagi kaum Cina, Deepavali bagi kaum India dan sebagainya. Justeru
itu, masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi “perayaan” dan
menghormati perayaan kaum lain.
Tambahan pula, melalui perkongsian perayaan,
perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat
diutuhkan. Hal ini disebabkan oleh penyumbangan kepada Malaysia untuk terus
membangun dan menuju ke arah maju dan makmur.
KEPENTINGAN PERAYAAN
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya
Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali
buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan
kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti
setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada
banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.
Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.
Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal
tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab,
Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah
malamnya. Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita
dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui
zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara;
iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).
Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai
bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa bermula setelah
pengisytiharaan dibuat oleh pemegang mohor besar raja-raja, dimana takbir akan
bergema di masjid- masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada
keesokan harinya, dengan berpakaian baju-baju tradisi seperti baju melayu yang
merupakan pakaian tradisi kaum melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada hari raya dan pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di
bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah baju
kurung dan baju kebaya. Di sebelah pagi sembahyang sunat Hari Raya Puasa
sebanyak 2 rakaat, akan diadakan pada sebelah pagi.
Selepas sembahyang, umat Islam akan
berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi serta membersihkan
perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.
Semua orang akan berkumpul bersama-sama dengan sanak-saudara dan selepas itu
yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Kemudian, dan semua orang
akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi
antara sesama mereka.
Hari
Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling
bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka rumah ke rumah untuk
mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu,
mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Inilah kemeriahan sambutan Hari
Raya Aidilfitri di Malaysia berbanding dengan sambutan Hari Raya di
negara-negara lain.
HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Kurban atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang
disambut pada setiap 1 Syawal. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh
mengerjakan ibadat haji di Makkah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan
wukuf di Arafah.Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah
pada setiap tahun dan ianya merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah
Islam.
Perkataan
‘Aidiladha’ berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud ‘hari
penyembelihan korban’. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang
diperintahkanoleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan
Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanpun, Allah telah menggantikan
Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Sambutan
Hari Raya Aidiladha si Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan
tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang
sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan
yang yang berkisahkan tentang pengorbanan dan pejuangan Nabi Ibrahim.
Selepas
habis mendengar khutbah, umat islam akan mengambil kesempatan berkunjug ke
rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil
menjamu sselera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan
diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu padda 11, 12, dan 13 hari
Tasyrik sebagai tanda mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail. Seluruh
masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.
Sehubungan
itu, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperi
lembu, kambing dan biri-biri sebagai korban pada hari raya ini. Daging
sembelihan ini akan dibahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan
fakir miskin.
Sambutan
Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di
pantai timur berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang
menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.
AWAL MUHARRAM
Awal Muharram atau Maal
Hijrah merupakan suatu hari yang penting
bagi umat Islam kerana
menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada
tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru
bagi Takwim Hijrah.
Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama
ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah
S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu
Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat
untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang
mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang
mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan
sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh
Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’,
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting di bulan
Muharam :
- 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘ Asyura ‘ . pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
- · Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- · Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- · Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- · Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- · Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- · Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- · Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- · Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- · Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- · Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Penetapan
ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi
anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam
sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran
dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta
menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata
dunia.
Dan
di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam
dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa
Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa
yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam
ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
DOA AKHIR
TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu
Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana
Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi
menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi
kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina
melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan Yee Sang
dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti
daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda
pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau yang berada di dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian
singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan
Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh
kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam,
Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan
dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari Cina.
HARI CHAP GOH MEI
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari
‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari
bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta
Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.
Pesta
Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap
Goh Mei.
Chap Goh
Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secucuk.Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua
perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome?
Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada
ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu
kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan
tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara.
Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat
tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang
berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan
binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari
gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
HARI KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan
Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan
ini dipercayai bermula 3,000 tahun lampau semasa pemerintahan Dinasti Shang
(1600 – 1046 sebelum Masihi). Perayaan ini merupakan salah satu perayaan
terpenting selain Tahun Baru Cina.
Perayaan ini disambut pada hari ke-15 pada
bulan ke-8 pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan
September dan pada waktu ini, kebiasaanya bulan mengambang dan terang,
menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim
panas.Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam
perayaan, selain dengan Kuih Bulan itu sendiri.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih
Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada
adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning
telur masin. Namun di zaman moden ini, terdapat pelbagai perisa inti kuih bulan
yang menarik seperti coklat, kopi, keladi, teh hijau, mangga serta durian. Menurut tradisi,
pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di
dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih
Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih
Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Pada malam perayaan, kanak-kanak berarak di
kawasan perumahan mereka dengan membawa tanglung yang berwarna-warni. Di
sesetengah kampung, orang dewasa bergembira dengan cuba menyelesaikan teka-teki
yang ditulis di atas tanglung.
Pada lazimnya, ahli keluarga berkumpul untuk
makan besar dan upacara menyembah bulan pada malam Perayaan Kuih Bulan. Bentuk
kuih bulan yang bulat adalah simbolik kepada keharmonian sekeluarga.
HARI DEEPAVALI
HARI THAIPUSAM
HARI NATAL
HARI EASTER
HARI WESAK
HARI GAWAI
HARI KAAMATAN
PERANAN SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK
KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN


HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan
dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan. Selain itu, "kolam" yang dibuat
daripada bijirin pelbagai warna dan melambangkan penyembahan dewa Lakshmi akan
dilakarkan di pintu rumah mereka. Pada pagi Hari Deepavali, setiap daripada
ahli keluarga akan menyapu minyak di atas rambut lalu mereka mandi.
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa
kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara
simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan
setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali"
bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas
kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini
sering diubah menjadi Deepavali, terutamanya di India utara.Pada hari
Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan
ringan.
HARI THAIPUSAM
Hari
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh
mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau
juga dikenali sebagai Dewa Subramanian.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.
Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang.
Hari Thaipusam merupakan hari
menunaikan nazar dan menebus
dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.
Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu
hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan
membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu
ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang.
Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam
kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut
pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas
kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan
bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar. Bagi
yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan
dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala.
HARI NATAL
Hari Krismas atau
juga dikenali sebagai Hari Natal adalah
perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian,
disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi
memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah tarikh
kelahiran Nya) Jesus dari Nazareth,
pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus
dilahirkan oleh Maria di Jerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran
Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai
kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia
dari dosa-dosa Adam
Perayaan
Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara
(Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari
disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam
moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan
pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holy atau lakonan semula kelahiran Jesus (Annunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat
memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakan hasil
gabungan St. Nicholas dari Myra dan
unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian,
sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari
Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan
juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu
perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan).
Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan
peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka
Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor
peruncitan.
HARI EASTER
Pada abad ke 5 kalangan penduduk Europa telah beranggapan mengenai Hari Ester ialah
Perayaan kebangkitan Nabi Isa atau Easter.
Pada mulanya perayaan ini disebut sebagai Alba
oleh penduduk German yang menetap di Rom. Alba bererti putih, yang merujuk kepada
warna jubah putih yang mereka pakai semasa perayaan ini. Alba juga bererti
fajar pagi dan apabila nama perayaan ini diterjemahkan ke bahasa German, ia
disebut Oster (iaitu
perkataan kuno bahasa German bagi fajar pagi). Oster merupakan
asal-usul perkataan Easter dan
digunakan sehingga sekarang.
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah
dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan
Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi
penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci
("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter
dikenali sebagai Good Friday iaitu
hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang
menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diusapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan
pemberian telur berwarna-warni
yang berisikan cokelat. Tradisi
memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno
Yunani merayakan datangnya musim bunga.
Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan
meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.
HARI WESAK
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi
penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada
waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts"
sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras".
Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau
Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan
Wesak di Sri Lanka. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan
melepaskan burung merpati.
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada
orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua
penganut agama Buddha di seluruh dunia. Dikalangan penganut Buddha di Singapura
dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak
seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa
Bao-sheng Da-di.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu
terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
- Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
- Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
HARI GAWAI
Pesta
Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai kebiasaannya disambut pada
bulan Mei atau bulan Jun setiap tahun. Pesta ini akan disambut oleh masyarakat
Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai ini disambut dengan meriah di
bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras',
dan bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras,
gula dan santan juga disediakan.
Perayaan
Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara
minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan
makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi
oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.
Pada
hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan
kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan
oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke
atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan
itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah
upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.
Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa
masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan
berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai
merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama
air tuak.
Semasa
perayaan Gawai akan mengadakan satu acara yang seronok iaitu “Ngajat Lesong”. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan
menggunakan giginya.
Ketika
perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan
dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan
perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta
Kaamatan atau nama lain (Tadau Kaamatan). Dalam bahasa Kadazan dikenalikan
"Magavau" merupakan satu upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" (semangat padi). Pesta ini disambut oleh kaum Kadazans /
Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik.
Pesta
Kaamatan ini biasa akan mengadakan persembahan dan pertandingan tarian Sumazao.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
yang memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong.
Tarian ini akan ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan
dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan.
Selain
daripada persembahan tarian Sumazau, pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi
juga akan diadakan dengan pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau
"Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan.
Antara persembahan dan pertandingan di atas ini, pertandingan seperti memukul
gong jugalah satu acara utama dalam perayaan ini.
Antara
hidangan popular semasa perayaan ini akan minum satu minuman tapai yang
dikenali sebagai "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai
merupakan minuman tradisi yang diperbuat daripada beras (nasi) atau ubi kayu.
Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai
dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa"
kepada tapai tersebut. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
![]() |
KINOMOL |
PERANAN SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK
1. Graduan haruslah bersifat terbuka untuk
menyemaikan perpaduan kaum
Sikap berfikiran terbuka ini amat penting
kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang
graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah
memikirkan semua kaum untuk mewujudkan
perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri
dengan semaksimum yang mungkin akan membentuk keperibadian dan tingkah laku
yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti yang dapat merealisasikan misi
yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduan kaum itu sendiri dalam
masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah
masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika
menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi
pembimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan
yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah
tempurung” ini kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan
yang berjasa kepada agama , kaum , dan masyarakat.
2. Peranan yang dimainkan oleh
pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun universiti
swasta atau kerajaan
Pelajar
harus menyokong cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan
kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk
elemen perpaduan dalam kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik.
Dengan adanya pelajar yang memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat
awal dan didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di
bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang
kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.
3. Perpaduan kaum dalam kalangan
pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan
Kepelbagaian
kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan
perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila
dikaitkan dengan kebudayaan, semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud
prasangka negatif. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari
kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian
oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu,
tarian kipas ,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian
Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan kebudayaan
yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengenal
tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita
dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain kerana bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
KESIMPULAN
Sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulannya, pentingnya budaya dan saling hormat- menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat- menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas menyuruh supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuk lah budaya saling hormat- menghormati, seterusnya masyarakat dapat hidup bersatu padu dan harmoni.
RUJUKAN
4.
kebudayaan.blogspot.my
5.
Melalui buku Komunikasi
dan Penyiaran Islam, (nama)
6.
Melalui buku Kesenian Melayu, ( Anwar Din)
7.
Melalui buku Malaysia dan Alam Sekeliling, (Mohd Sohaimi Esa
Ph.D)
LAMPIRAN


Comments
Post a Comment